Sunday 30 December 2012

Tintaku menulis tanpa jemu.



  
Hawa hanya seorang insan yang melemah, yang hanya menagih cinta Sang Pencinta yang Esa..
Hidup Hawa  ibarat pengemis yang mengemis dan menagih belaian kasih dan rindu Rabbnya..
           Hawa ini terlalu banyak kekurangannya sehingga mengaggap dirinya hina malah lebih hina dari orang lain,tapi sesungguhnya sebagai manusia kita tak akan  lari dari melakukan kesalahan.. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..
Hawa ketahuilah sebesar mana pun dosa seorang hamba itu,, malah sebesar bukit uhud sekali pun, nescaya akan diampunkan dosanya..Mohonlah kemaafan dari Sang Pemaaf..Pasti akan diampunkan… In sha Allah..
Diri Hawa sesungguhnya  terlalu tinggi nilainya,
janjilah pada diri ini sayang, jangan biarkan mana-mana tangan yang kotor menarikmu ke lembah kemaksiatan. Peganglah pada prinsip dirimu “wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, lelaki yang baik untuk wanita yang baik”.

Hawa, jadilah mawar agama yang sentiasa berada dalam bekas yang cantik yang  sentiasa dilindungi dan dipelihara sebaiknya dan jangan biarkan diri Hawa diragut keharuman dan kecantikan yang dianugerahkan pada Hawa. Mohonlah perlindungan dari Nya sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui..
Hawa, jangan engkau berharap pada cinta duniawi kerana ia belum menjanjikan kebahagian dan kesetian, tapi haraplah kepada cinta Ilahi kerana Dia tidak pernah mengecewakanmu sayang malah Dia akan memberikan kebahagian dan kesetian kepadamu lebih dari apa yang kamu miliki.

Hawa,rebutlah cinta-Nya kerana cinta itu pasti memberikan kemanisan dalam ibadah dan hidupmu,  jangan lemah Hawa!! dirimu dicipta secantik dan sehebat- hebat kejadian, oleh itu gunakan kehebatan  yang Allah anugerahkan untuk mu itu sebaik-baiknya dijalan Allah… Kau umpama mutiara di tengah lautan, bak bidadari yang menghiasi dunia ini… Tak pernah lelah untuk menerangi dunia ini dengan pancaran ilmu mu..
       Hawa,, setinggi mana pun engkau berada, jangan pernah lupa bahawa dunia ini hanya tempat persinggahan yang sementara, jadi persiapkan dirimu untuk menghadapi dunia yang abadi. Sesungguhnya dunia ini penuh dengan mehna-mehna yang terkadang mampu menjatuhkan butiran-butiran mutiara dari matamu,  bersiap sedialah untuk menghadapi semua itu.. Tetapi jangan pernah kau lupa    Hawa, kita punya Allah yang selalu menemani kita saat susah dan senang kita, mintalah padaNya… 
                 Hawa, jagalah dirimu sebaik mungkin, dunia ini penuh dengan fitnah sayang dan jangan biarkan dirimu terjebak dengan fitnah tersebut…  Hawa, sesungguhnya setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan,,biarlah pertemuan kita kerana Allah, perpisah kita juga kerana Allah.. fii amanillah HAWA…