Wednesday, 6 March 2013

C.I.N.T.A (Cinta Ikut Nabi Taat Allah)


Bismillah.. Assalamualaikum... ^__^
Err..tak tau nak tulis apa atas page ni..huu… boring..duduk sorang. Ada ma dengan abah ja.. tapi still perlukan kawan kot.. Adik tak da. Anak bongsu jadi macam ni la.. hukhuk.. Sabar ja aku. Ok! idea dah sampai.. pon pon.. tumpang lalu…~~
     Cinta..tetiba ja datang perkataan tu dalam akal ni..hee..actually  tak ada idea sangat nak menaip tentang cinta ni,tapi redah jela ye..ngee…kalau  ada salah atau ada yang bosan,saya  mintak maaf  ye^^’. .Seperti hampa-hampa semua tau, cinta ni fitrahkan yang Allah berikan pada setiap hamba-hamba Dia? Tapi awas!! Fitrah boleh bertukar jadi fitnah uall.. huu.. seram.. Semua orang pernah bercinta,kan? Ahhh.. tipu la sapa yang kata tak pernah bercinta.. :P  habis tu mak ayah tu? Tak cinta kan dia orang ke? Allah dan Rasulullah? Haha.. kan dah cakap.. semua pernah bercinta.
      Tapi saya tau, cinta antara lelaki dengan perempuan yang tak punya ikatan apa-apa(couple) pasti ada yang tak pernah laluikan? Sama la kita.. Ahh.. tak penting..eheh, betol ke tak penting? Hmm.. ==’ ok,macam ni la. Allah ada bagi tau kan, Allah cipta semua makhluk-Nya berpasang-pasangan,kan? ‘Habis tu kenapa?’ Ishh… maknanya semua makhluk Allah yang dihidupkan kat atas muka bumi ni pasti akan ada pasangan  mereka masing-masing.. Cuma kita sebagai hamba,tak tau siapa jodoh kita dan bila jodoh kita akan sampai..Owhh.. ‘Habis tu,kalau ada yang tak pernah khawin sampai ke tua  lepas tu meninggal macam tu je,ha macam mana pulak? Tak pun meninggal waktu muda tanpa khawin.’
     Eerrrkk…Allah tau apa yang terbaik.. Mungkin jodoh mereka tu semua dah tunggu kat ‘sana’ mana kita taukan. Kuasa Allah. Yang pasti,Allah telah rancangkan sesuatu yang terbaik untuk kita,insya –Allah.. Kita kena la patuh dengan perintah Dia. Cuba didik diri untuk menjadi seorang hamba yang sentiasa mengupdate diri dalam melakukan ibadat dan mencari cinta Dia dan Rasulullah (notetoself). Allah pun dah pesankan, ‘Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu berusaha untuk mengubah nasibnya sendiri’. Sebab tu cinta yang sejati hanya kepada Allah. Jadikan Allah dan Rasulullah yang pertama dihati (pesan untuk diri sendiri jgk).
     Apa yang saya tengok sekarang ni la kan, ramai yang lebih bertuhankan cinta dari bertuhankan Allah. Cinta kepada kekasih,konon. Cinta yang belom tentu diredai Allah. Cinta yang membawa diri kepada kemaksiatan..nauzubillah..Cinta tanpa ikatan yang sah.. Bercinta bagai nak rak,bila putus, sampai sanggup bunuh diri.. Allah.. Cinta apa namanya tu???? (mintak dijauhkan la Ya Allah… Aamiin.) Cinta tu menguatkan,bukan melemahkan. Cinta yang suci,adalah cinta yang membawa ke syurga! Cinta yang kotor adalah cinta yang membawa ke neraka! Simple nak bagi faham cinta yang suci adalah cinta yang meletakkan Allah yang satu,cinta berlandaskan syariat Islam. ^__^
   Lagi pun cinta ni kan subjektif. Bukan cuma untuk kekasih atau untuk suami isteri je, tapi untuk semua yang ada disekeliling kita.. Cinta kepada haiwan,cinta kepada tumbuh-tumbuhan,cinta kepada mak ayah,family,cinta kepada benda yang Allah suka.... Habis tu, kenapa kita nak kecilkan ruang likup cinta hanya untuk kekasih atau apa saja yang seerti dengannya..??  addooiii…  sabar je aku. Manusia ni kadang-kadang lalai,sama macam saya jugak. Cepat melatah bila datang ujian dari Allah.. Bila bercinta,semua benda nampak baik. Propa je semua tu uall.. selagi tak dapat,pijak semut pun tak mati. Huuu..ayat! Saya teringat as-syahid Hassan al-Banna pernah berkata, ‘ jika kamu kenal seseorang 10 tahun sekalipun,kamu bukan kenal siapa dia yang sebenarnya,tapi kamu hanya kenal lakonannya saja’ Nampak tak kat situ apa cuba disampaikan? Selama mana kita kenal orang yang kita sayang tu,sebenarnya itu bukan diri dia yang sebenarnya. Yang betol-betol mengenali kita sepenuhnya hanya Allah S.W.T .
       Saya pendekkan cerita la ye, dah tak larat dah nak menaip..idea pun dah blur..heee..ok, cinta ni Allah hadirkan untuk kita berkasih sayang antara satu sama lain. Tanpa cinta kita tak kan kenal antara satu sama lain,kan? tanpa cinta, dunia ni pasti dah huru-hara (walaupun dah banyak berlaku sekarang). Ingatlah,cinta yang sebenar-benarnya adalah cinta kepada Allah,cinta kepada Nabi Muhammad,cinta kepada Islam,cinta kepada ummah.. Cinta memang membahagiakan,sapa tak suka bercinta?tapi biarlah cinta kita tu  cinta yang sentiasa diredai Allah. Biarlah cinta kita tu cinta yang dapat membina ummah yang sejati,yang sentiasa dapat menjulang Islam menjadi agung dan contoh kepada yang lain..insya-Allah..
       Tak salah bercinta dengan lainan jantina,sapa cakap salah? Meh sini saya rotan. Cewah.!! Tapi biar la cinta tu meletakkan Allah yang SATU. Cinta lepas khawin. Sweet pe.. adoii.. time tu semua yang haram dah jadi halal. Perkara yang dosa bila dibuat pun dah  dapat pahala bila lepas khawin ni. Contohnya,pegang tangan suami? Tolong isteri kat dapur ke? main kejar-kejar dengan isteri macam Rasulullah dengan Aisyah? Tengok muka suami lama-lama..haha..yeke? ahh..saya tau awak-awak semua lebih arif dari saya,kan? Ape-ape lah.. mudah-mudahan cinta ni sentiasa mendekatkan diri kita dengan Allah dan Rasul-Nya. Insya-Allah..
   Saya mintak maaf kalau tulisan saya ni banyak yang salah isinya,atau ada yang tak suka atau ada yang menyampah. Saya betol-betol mintak maaf.. Saya tulis apa yang saya fikir je ni.. Banyak kekurangannya.. Maafkan yee.. maafkan orang pun salah satu ibadat tau.. heee… ^^Y . Terima kasih sebab sudi membaca. Assalamualaikum w.b.t 

Wednesday, 13 February 2013


Bismillah...
Alhamdulillah.... Ya Allah syukur sangat akhirnya buku-buku yg kat atas tu semua dah jadi milik saya...
bila dah beli rasa pening. Tak tau nak baca yg mana dulu. >.<  heee... Serius cakap buku warkah cinta tu tak expect langsung nak beli. Bila dah nampak sebat terus..ngee... ^___^'
almaklum la org belanjakan sebab tu saya ambik mcm tu byk.. Actually nak ambik lagi tuh,tapi kakak cakap baca yang tu bagi habis dulu. Sabar..!! Mula-mula ingat nak beli buku lain tapi bila dah p kedai buku, terus rambang mata then terus lupa buku apa yg nak sangat-sangat nak dibelikan tu..heheh.. ^___^'  tapi puas jugak la sebab dah dapat.. Buku pertama yang saya "Ya Allah kenapa aku DIUJI?' tapi sekerat je baca tak hbs lagi..ngeh ngeh ngeh... Letak tepi jap buku tuh. Ambik buku "Sebelum Aku Bernikah". Yea.. masih membacanya sampai sekarang.. Banyak ilmu yg saya dapat bila baca buku tu.. Macam-macam yg saya rasa bila baca buku tuh..hee.. Cemburu,gembira,matang and so on.. Fiiuuuhhh.. *kesat peluh*
Kakak saya mmg dah tak boleh baca dh buku tu sbb jealous.. >__< haha.. Macam-macam dia tuh..
huh!! nak teruskan membaca. Nak bagi habis cepat-cepat sebab nak baca buku lain pulak.. wwwiiieeeee.....
okey la. p dulu. btw, thanks sebab sudi baca.. ..Assalamualaikum..

Sunday, 30 December 2012

Tintaku menulis tanpa jemu.



  
Hawa hanya seorang insan yang melemah, yang hanya menagih cinta Sang Pencinta yang Esa..
Hidup Hawa  ibarat pengemis yang mengemis dan menagih belaian kasih dan rindu Rabbnya..
           Hawa ini terlalu banyak kekurangannya sehingga mengaggap dirinya hina malah lebih hina dari orang lain,tapi sesungguhnya sebagai manusia kita tak akan  lari dari melakukan kesalahan.. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..
Hawa ketahuilah sebesar mana pun dosa seorang hamba itu,, malah sebesar bukit uhud sekali pun, nescaya akan diampunkan dosanya..Mohonlah kemaafan dari Sang Pemaaf..Pasti akan diampunkan… In sha Allah..
Diri Hawa sesungguhnya  terlalu tinggi nilainya,
janjilah pada diri ini sayang, jangan biarkan mana-mana tangan yang kotor menarikmu ke lembah kemaksiatan. Peganglah pada prinsip dirimu “wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, lelaki yang baik untuk wanita yang baik”.

Hawa, jadilah mawar agama yang sentiasa berada dalam bekas yang cantik yang  sentiasa dilindungi dan dipelihara sebaiknya dan jangan biarkan diri Hawa diragut keharuman dan kecantikan yang dianugerahkan pada Hawa. Mohonlah perlindungan dari Nya sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui..
Hawa, jangan engkau berharap pada cinta duniawi kerana ia belum menjanjikan kebahagian dan kesetian, tapi haraplah kepada cinta Ilahi kerana Dia tidak pernah mengecewakanmu sayang malah Dia akan memberikan kebahagian dan kesetian kepadamu lebih dari apa yang kamu miliki.

Hawa,rebutlah cinta-Nya kerana cinta itu pasti memberikan kemanisan dalam ibadah dan hidupmu,  jangan lemah Hawa!! dirimu dicipta secantik dan sehebat- hebat kejadian, oleh itu gunakan kehebatan  yang Allah anugerahkan untuk mu itu sebaik-baiknya dijalan Allah… Kau umpama mutiara di tengah lautan, bak bidadari yang menghiasi dunia ini… Tak pernah lelah untuk menerangi dunia ini dengan pancaran ilmu mu..
       Hawa,, setinggi mana pun engkau berada, jangan pernah lupa bahawa dunia ini hanya tempat persinggahan yang sementara, jadi persiapkan dirimu untuk menghadapi dunia yang abadi. Sesungguhnya dunia ini penuh dengan mehna-mehna yang terkadang mampu menjatuhkan butiran-butiran mutiara dari matamu,  bersiap sedialah untuk menghadapi semua itu.. Tetapi jangan pernah kau lupa    Hawa, kita punya Allah yang selalu menemani kita saat susah dan senang kita, mintalah padaNya… 
                 Hawa, jagalah dirimu sebaik mungkin, dunia ini penuh dengan fitnah sayang dan jangan biarkan dirimu terjebak dengan fitnah tersebut…  Hawa, sesungguhnya setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan,,biarlah pertemuan kita kerana Allah, perpisah kita juga kerana Allah.. fii amanillah HAWA…