Wednesday, 6 March 2013

C.I.N.T.A (Cinta Ikut Nabi Taat Allah)


Bismillah.. Assalamualaikum... ^__^
Err..tak tau nak tulis apa atas page ni..huu… boring..duduk sorang. Ada ma dengan abah ja.. tapi still perlukan kawan kot.. Adik tak da. Anak bongsu jadi macam ni la.. hukhuk.. Sabar ja aku. Ok! idea dah sampai.. pon pon.. tumpang lalu…~~
     Cinta..tetiba ja datang perkataan tu dalam akal ni..hee..actually  tak ada idea sangat nak menaip tentang cinta ni,tapi redah jela ye..ngee…kalau  ada salah atau ada yang bosan,saya  mintak maaf  ye^^’. .Seperti hampa-hampa semua tau, cinta ni fitrahkan yang Allah berikan pada setiap hamba-hamba Dia? Tapi awas!! Fitrah boleh bertukar jadi fitnah uall.. huu.. seram.. Semua orang pernah bercinta,kan? Ahhh.. tipu la sapa yang kata tak pernah bercinta.. :P  habis tu mak ayah tu? Tak cinta kan dia orang ke? Allah dan Rasulullah? Haha.. kan dah cakap.. semua pernah bercinta.
      Tapi saya tau, cinta antara lelaki dengan perempuan yang tak punya ikatan apa-apa(couple) pasti ada yang tak pernah laluikan? Sama la kita.. Ahh.. tak penting..eheh, betol ke tak penting? Hmm.. ==’ ok,macam ni la. Allah ada bagi tau kan, Allah cipta semua makhluk-Nya berpasang-pasangan,kan? ‘Habis tu kenapa?’ Ishh… maknanya semua makhluk Allah yang dihidupkan kat atas muka bumi ni pasti akan ada pasangan  mereka masing-masing.. Cuma kita sebagai hamba,tak tau siapa jodoh kita dan bila jodoh kita akan sampai..Owhh.. ‘Habis tu,kalau ada yang tak pernah khawin sampai ke tua  lepas tu meninggal macam tu je,ha macam mana pulak? Tak pun meninggal waktu muda tanpa khawin.’
     Eerrrkk…Allah tau apa yang terbaik.. Mungkin jodoh mereka tu semua dah tunggu kat ‘sana’ mana kita taukan. Kuasa Allah. Yang pasti,Allah telah rancangkan sesuatu yang terbaik untuk kita,insya –Allah.. Kita kena la patuh dengan perintah Dia. Cuba didik diri untuk menjadi seorang hamba yang sentiasa mengupdate diri dalam melakukan ibadat dan mencari cinta Dia dan Rasulullah (notetoself). Allah pun dah pesankan, ‘Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu berusaha untuk mengubah nasibnya sendiri’. Sebab tu cinta yang sejati hanya kepada Allah. Jadikan Allah dan Rasulullah yang pertama dihati (pesan untuk diri sendiri jgk).
     Apa yang saya tengok sekarang ni la kan, ramai yang lebih bertuhankan cinta dari bertuhankan Allah. Cinta kepada kekasih,konon. Cinta yang belom tentu diredai Allah. Cinta yang membawa diri kepada kemaksiatan..nauzubillah..Cinta tanpa ikatan yang sah.. Bercinta bagai nak rak,bila putus, sampai sanggup bunuh diri.. Allah.. Cinta apa namanya tu???? (mintak dijauhkan la Ya Allah… Aamiin.) Cinta tu menguatkan,bukan melemahkan. Cinta yang suci,adalah cinta yang membawa ke syurga! Cinta yang kotor adalah cinta yang membawa ke neraka! Simple nak bagi faham cinta yang suci adalah cinta yang meletakkan Allah yang satu,cinta berlandaskan syariat Islam. ^__^
   Lagi pun cinta ni kan subjektif. Bukan cuma untuk kekasih atau untuk suami isteri je, tapi untuk semua yang ada disekeliling kita.. Cinta kepada haiwan,cinta kepada tumbuh-tumbuhan,cinta kepada mak ayah,family,cinta kepada benda yang Allah suka.... Habis tu, kenapa kita nak kecilkan ruang likup cinta hanya untuk kekasih atau apa saja yang seerti dengannya..??  addooiii…  sabar je aku. Manusia ni kadang-kadang lalai,sama macam saya jugak. Cepat melatah bila datang ujian dari Allah.. Bila bercinta,semua benda nampak baik. Propa je semua tu uall.. selagi tak dapat,pijak semut pun tak mati. Huuu..ayat! Saya teringat as-syahid Hassan al-Banna pernah berkata, ‘ jika kamu kenal seseorang 10 tahun sekalipun,kamu bukan kenal siapa dia yang sebenarnya,tapi kamu hanya kenal lakonannya saja’ Nampak tak kat situ apa cuba disampaikan? Selama mana kita kenal orang yang kita sayang tu,sebenarnya itu bukan diri dia yang sebenarnya. Yang betol-betol mengenali kita sepenuhnya hanya Allah S.W.T .
       Saya pendekkan cerita la ye, dah tak larat dah nak menaip..idea pun dah blur..heee..ok, cinta ni Allah hadirkan untuk kita berkasih sayang antara satu sama lain. Tanpa cinta kita tak kan kenal antara satu sama lain,kan? tanpa cinta, dunia ni pasti dah huru-hara (walaupun dah banyak berlaku sekarang). Ingatlah,cinta yang sebenar-benarnya adalah cinta kepada Allah,cinta kepada Nabi Muhammad,cinta kepada Islam,cinta kepada ummah.. Cinta memang membahagiakan,sapa tak suka bercinta?tapi biarlah cinta kita tu  cinta yang sentiasa diredai Allah. Biarlah cinta kita tu cinta yang dapat membina ummah yang sejati,yang sentiasa dapat menjulang Islam menjadi agung dan contoh kepada yang lain..insya-Allah..
       Tak salah bercinta dengan lainan jantina,sapa cakap salah? Meh sini saya rotan. Cewah.!! Tapi biar la cinta tu meletakkan Allah yang SATU. Cinta lepas khawin. Sweet pe.. adoii.. time tu semua yang haram dah jadi halal. Perkara yang dosa bila dibuat pun dah  dapat pahala bila lepas khawin ni. Contohnya,pegang tangan suami? Tolong isteri kat dapur ke? main kejar-kejar dengan isteri macam Rasulullah dengan Aisyah? Tengok muka suami lama-lama..haha..yeke? ahh..saya tau awak-awak semua lebih arif dari saya,kan? Ape-ape lah.. mudah-mudahan cinta ni sentiasa mendekatkan diri kita dengan Allah dan Rasul-Nya. Insya-Allah..
   Saya mintak maaf kalau tulisan saya ni banyak yang salah isinya,atau ada yang tak suka atau ada yang menyampah. Saya betol-betol mintak maaf.. Saya tulis apa yang saya fikir je ni.. Banyak kekurangannya.. Maafkan yee.. maafkan orang pun salah satu ibadat tau.. heee… ^^Y . Terima kasih sebab sudi membaca. Assalamualaikum w.b.t 

No comments:

Post a Comment